“Fida, En. Ilham nak jumpa you dibiliknya sekarang.” Meetha
menghubungi Fida setelah mendapat arahan daripada bosnya.
“Baiklah Meetha. Thanks.” Fida terasa gugup mahu berjumpa
dengan orang yang paling penting dalam syarikat. Dia melangkah pantas menuju ke
bilik Pengarah Urusan. Dihadapan pintu bilik yang jelas tertera nama En. Ilham
Farish Dato’ Azman, dia melepaskan nafasnya. Kemudian, dia mengetuk perlahan
sebelum menerima arahan masuk dari dalam.
Sebaik melangkah memasuki bilik yang dua kali ganda luas
dari biliknya, dia ternampak seorang lelaki bercermin mata dan berkot sedang
menunjukkan wajah meneliti dokumen dihadapannya. Serius sahaja muka lelaki itu.
setelah itu, Fida dipersilakan duduk. Namun, lelaki itu masih belum mengangkat
wajah. Sibuk benar lagaknya.
Beberapa saat kemudian, setelah lelaki itu menurunkan
tandatangan di penjuru hujung dokumen dihadapannya, barulah lelaki itu
mengangkat muka memandang Fida. Masih dengan riak serius di wajahnya.
Fida terasa cuak. Lelaki itu langsung tidak melemparkan
senyuman walaupun dia terlebih dahulu sudah menghadiahkan senyuman.
“Awak, Fida Antasya binti Idris kan?” En. Ilham bertanya.
Muka Fida dipandang tajam. Sengaja mahu menduga riak Fida. Bukan dia tak tahu
di hadapannya siapa. Wanita yang dirinduinya saban malam. Isteri yang tidak
pernah mengenali suaminya.
Fida menelan liur. “Ya Encik. Saya Fida.” Fida bersuara
gugup. Setelah beberapa minit di hadapan lelaki itu, dia masih resah. Tidak
dapat membaca makna disebalik pandangan yang diberikan oleh lelaki dihadapannya.
Sekilas dia memerhati wajah En. Ilham sebelum kembali menunduk. Dalam diam Fida
mengakui ketampanan lelaki dihadapannya. Betul seperti yang dikatakan oleh
pekerja syarikat.
“Ok Fida, saya tak suka nak berkias-kias. Awak sekarang IT
Project Manager merangkap ketua jabatan Teknologi Maklumat kan?” Ilham
bertanya.
Fida sekadar mengangguk.
“Mulai hari ini, saya nak awak jadi secretary saya.” Ilham
berkata. Dalam diam dia memerhati raut wajah wanita dihadapannya yang jelas
berubah.
“What? Mana boleh macam tu encik. Macam mana dengan kerja
saya?” Terkejut bukan kepalang Fida mendengarnya.
“Awak tetap akan jadi ketua Jabatan Teknologi Maklumat tapi
kerja awak akan diselesaikan oleh pembantu awak. Saya nak awak jadi secretary saya selama dua
bulan dan selepas itu, awak boleh kembali kepada kerja asal awak.” Ilham yang
ingin ketawa melihat reaksi Fida segera menutup tawanya. Risau arahannya bakal
kedengaran tidak meyakinkan kepada Fida.
“Encik tak boleh buat saya macam ni. Saya tak pandai jadi
secretary. Itu bukan bidang tugas saya. Lagipun, kalau saya jadi secretary
encik, Meetha macam mana?” Fida cuba membantah lagi.
“Kamu jangan risau pasal tu. Saya dah aturkan. Meetha akan
jadi secretary kepada En. Zulkifli selama dua bulan ni memandangkan secretary
En. Zul sedang cuti bersalin. Berkenaan tugas secretary, apa yang awak tak tahu
awak boleh tanya Meetha. Saya dah arahkan dia untuk membantu awak.” Yakin
sekali Ilham bersuara.
“Tapi encik..” Fida ingin membantah lagi sebelum dipotong
oleh Ilham.
“Tak ada tapi tapi. Ini adalah arahan. Dan mungkin awak nak
saya ingatkan pada awak sekali lagi tentang perjanjian syarikat yang awak telah
tandatangani? Awak perlu sentiasa mengikut arahan yang dikeluarkan oleh saya
dari masa ke semasa. Pasal gaji awak jangan risau, awak tetap akan dapat gaji
seperti jawatan awak sekarang.” Arahan Ilham sudah muktamad. Dia langsung tidak
memberikan peluang kepada Fida untuk bersuara.
“Awak boleh pindahkan barang awak ke meja Meetha sekarang
juga. Dan tugasan pertama awak, ikut
saya jumpa client masa lunch nanti. sekarang awak boleh keluar.” Ilham memberi
isyarat kepada Fida agar meninggalkan biliknya. Dia kembali menumpukan
perhatian kepada dokumen yang berada di hadapannya.
Fida yang sebal dengan arahan yang dikeluarkan terus bangun
meninggalkan bilik Ilham. Mukanya kelihatan tegang sekali. Terus langkahnya
menuju ke bilik kerjanya untuk mengambil barang yang patut selepas mendapati
Meetha tidak ada di ruangannya.
Ilham memulakan misinya. Misi untuk menawan hati Fida
sebelum Fida mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Dia mahu membuka mata Fida.
Membuatkan Fida menyesal mengambil keputusan melarikan diri dulu tanpa langsung
memberi peluang untuk mereka cuba membina bahagia bersama.
...................................................................
BMW 630i berwarna hitam berhenti betul dihadapannya. Sebaik
si pemandu menurunkan tingkap, kelihatan Ilham yang segak berkaca mata hitam
memberikan isyarat untuk Fida memasuki perut kereta. Sebaik Fida duduk di
tempat duduk penumpang, Ilham menekan pedal minyak untuk ke tempat yang ingin
dituju.
Medan selera KLCC yang dipenuhi pelbagai manusia berlainan
kaum baik yang sedang menjamu selera mahupun melakukan hal masing-masing diamati
sekilas. Fida tidak nampak kesesuaian bertemu dengan client di kawasan food
court yang ramai dengan orang ini ditambah pula sewaktu makan tengah hari. Ilham dihadapannya masih menayangkan muka
selamba. Masih berselera menjamah Yee Mee dihadapannya.
“Encik, mana client yang encik cakap kita nak jumpa tu?”
Fida bersuara sebaik saja selesai menjamah makanan. Reaksi dari lelaki yang
memakai kemeja berwarna merah darah dengan lengan kemejanya disinting sehingga
paras siku itu ditunggu.
“Tak datang.” Selamba saja Ilham bertutur sambil mengelap
mulutnya dengan tisu.
Rahang Fida sudah jatuh. “Apa maksud encik dengan tak
datang? Kalau tak datang kenapa kita ada kat sini?” Fida bertanya.
“Tak datang means tak datang la. Dorang dah cancelkan
temujanji tu. Dan untuk soalan kedua awak, kita datang ke sini untuk makan. Dah
waktu lunch kan.” Idham menayangkan sengihnya kepada Fida sambil jari
telunjuknya diketuk-ketuk pada permukaan jam tangan.
Geram di hati Fida hanya tuhan yang tahu. Hari ini saja,
lelaki itu sudah berjaya menaikkan kemarahannya sehingga tahap boleh bertukar
jadi Hulk. Dia tak dapat bayangkan hidupnya selama dua bulan sebagai setiausaha
kepada lelaki itu. memang silap besar pekerja syarikat itu memuji-muji peribadi
En. Ilham. Mungkin saja En. Ilham berpura-pura baik di depan semua orang untuk
menaikkan saham dirinya di mata kakitangan syarikat. Maklumlah, CEO syarikat.
Sedikit sebanyak perlu pandai bermain politik untuk meraih kesetiaan daripada
kakitangan.
Ilham menjeling sekilas Fida yang langsung tidak bersuara di
sebelahnya. Marah betul Fida apabila mendapati dia ditipu. Mereka kini sudah
berada di dalam kereta untuk pulang ke pejabat.
“Fida, awak marahkan saya ke? Saya tak tipu awak la. Betul
tadi kita nak jumpa client tapi client cancel appointment kita last minute.
Alang-alang dah sampai saya bawa lah awak makan terus. Lagipun saya lapar
tadi.” Ilham cuba memujuk. Tapi nadanya masih dikawal supaya tidak kelihatan
memujuk di hadapan Fida.
“Saya mana layak nak marah encik. Encik ni bos, saya kuli
saja. Apa yang encik buat semua betul.” Ada nada menyindir keluar dari mulut
Fida. Kalau diikutkan panas baran Fida, mahu sahaja dia menyembur lelaki
disebelahnya ini. Sudahlah panas hati disebabkan peristiwa pagi tadi masih
belum selesai. Ditambah pula dengan hal yang berlaku tengah hari tadi. Dia cuba
menyabarkan hatinya sebaik mungkin mengenangkan lelaki itu adalah bosnya.
Ilham tersenyum. Berjaya dia membuatkan Fida kembali
bercakap dengannya. Sungguh dia tidak betah jika Fida berdiam diri. Entah mengapa,
dia suka apabila Fida marah-marah begitu.
“Comel.” Telahnya di
dalam hati.
“Apa yang comel?” Fida memandang bosnya dengan penuh
kehairanan. Tiba-tiba saja terkeluar perkataan comel dari mulut Ilham.
“Eh, macam mana dia boleh dengar ni? Bukan aku cakap dalam
hati ke tadi?” Ilham terkejut dengan pertanyaan Fida. Otaknya pantas berfikir
untuk menutup ketelanjuran katanya sebentar tadi.
“Tak, kucing tu, macam kucing saya lah. Comel.” Mata Fida
terarah mengikut jari yang ditunjukkan Ilham. Kebetulan mereka sedang berhenti
disebabkan jalan yang sesak.
“Apa yang comelnya? Kucing kurap macam tu dikatakan comel?
Isy, tak faham akulah dengan dia ni.” Fida sekadar berkata-kata di dalam hati.
Malas mahu memanjangkan perbualan dengan bosnya itu. marahnya pun masih belum
reda.
No comments:
Post a Comment