“Hello.” Fida menjawab panggilan dari nombor yang tidak
dikenali.
“Hello. Cik Fida. Tolong cik. Ada sesuatu berlaku pada En.
Ilham dibiliknya. Cepat datang cik.” Suara dihujung talian berbunyi cemas.
Serentak itu, panggilan telefon dimatikan.
Baru Fida mahu membuka mulut untuk bertanya apa yang
berlaku, telefon bimbitnya kembali gelap. Fida berfikir sejenak kemungkinan
yang berlaku kepada Ilham. Baru dia teringat dia juga tidak melihat kelibat
Ilham semasa barbeque tadi. Lantas, ingatannya kembali mengingati muka Ilham yang
pucat di dalam kereta. Tanpa berfikir panjang, langkahnya di atur laju menuju
ke bilik Ilham.
Pintu bilik diketuk. Setelah tiga kali diketuk,
barulah pintu bilik dibuka dari dalam. Terjengul wajah pucat Ilham disebalik
pintu. Kali pertama Fida melihat wajah Ilham tanpa kaca mata di wajah. Kacak
sekali.
“Ada apa Fida?” Ilham bertanya. Hairan mengapa Fida datang
ke biliknya. Tadi dia sempat melihat jam. Sudah pukul 1.30 pagi.
“Encik, encik tak apa-apa? Tadi saya dapat panggilan
mengatakan sesuatu berlaku pada encik.” Fida bertanya dengan riak cemas.
“Siapa yang telefon awak?” Garis kerutan menghiasi dahi
Ilham.
“Entah, tapi perempuan. Lepas dapat panggilan dari dia,
terus saya datang.” Fida menjelaskan.
“saya tak apa-apa. Awak baliklah. Dah pukul berapa ni.”
Ilham menyuruh Fida balik.
Sekarang ini dahi Fida pula berkerut. Siapa pula yang
mempermainkannya. Menyuruhnya datang ke bilik Ilham pada waktu ini.
“Oh ya. Sebelum saya terlupa. Tunggu sekejap ya. Saya ada
benda mahu berikan pada awak.” Fida memegang pintu bilik daripada tertutup. Ilham
pula melangkah perlahan menuju ke arah beg pakaiannya yang disimpan di dalam
almari. Sebelah tangannya memegang dinding untuk mengimbangi dirinya daripada
jatuh. niatnya untuk mengambil hadiah kecil yang dibeli semasa berada di Sabah. terlupa untuk memberinya sebelum ini.
Fida hanya menunggu di hadapan pintu. Melihat langkah lemah
Ilham. Dia yakin, ada yang tidak kena pada Ilham. Lihat caranya berjalan sahaja
dia boleh mengagak Ilham sedang kesakitan.
Mata Ilham tiba-tiba berpinar. Dia merasa sekelilingnya
seakan berputar. Dengan tidak semena-mena, dia rebah. Tidak sedarkan diri.
“Encik.” Fida bergegas masuk bila melihat Ilham rebah.
Dia memegang tangan
Ilham dan beralih ke dahi pula. “Yaa allah, panasnya.”
Pipi Ilham ditepuk perlahan. Cuba menyedarkan lelaki itu
dari pengsan. Namun, tindakannya sia-sia. Ilham langsung tidak berkutik.
Dia mengeluarkan telefon bimbit. Ingin menghubungi Meetha
untuk membantunya. Henset yang dikeluarkan dari poket seluar ditatap.
“Habis bateri.” Dia berkata pada diri sendiri.
Dengan kudrat yang ada, dia berusaha mengangkat tubuh Ilham.
Niatnya mahu memindahkan Ilham ke atas katil. Takkan dia hanya membiarkan Ilham
terbaring di atas lantai yang sejuk itu.
Setelah bersusah payah, Ilham berjaya dibaringkan di atas
katil. Berkira-kira apa tindakan yang harus dilakukan selepas itu. sedang dia
berfikir dalam keresahan, mata Ilham kelihatan bergerak-gerak. Fida kembali
duduk disebelah Ilham yang sedang berbaring. muka Fida masih dihiasi riak
kerisauan.
Seketika kemudian, Ilham membukakan matanya. Wajah Fida
ditatap lembut. Entah kenapa, hatinya sayu melihat wajah Fida. tiga tahun dia
sering bermimpikan wanita dihadapannya. Mengagumi tanpa dicintai.
“Encik, encik dah sedar?” Fida bertanya kerisauan.
Ilham hanya mengangguk. Tidak mengeluarkan suara.
“Kenapa encik tak bagi tahu saya yang encik sakit? Tengok
sekarang apa dah jadi. Nasib baik saya ada. Macam mana kalau encik pengsan
dalam bilik air sorang-sorang?” Fida berkata kerisauan. Tidak sedar yang dia
sedang membebel.
Ilham tersenyum. Terasa bahagia saat ini. Sudah lama tiada
yang mengambil berat akan dirinya. Walaupun ibu tirinya sering bertanya khabar
berkenaan diri Ilham, namun rasa itu sungguh berlainan. Ibu tirinya telah berpindah ke kampung
kelahirannya di Terengganu selepas kematian ayahnya. Sekali sekala dia akan
datang ke Kuala Lumpur untuk melawat Ilham. Sekarang, ibu tirinya masih di
Kuala Lumpur dan tinggal di rumah Ilham sehingga Ilham pulang dari Pangkor
nanti.
“Encik ni dah parah ni. Boleh pulak saya bercakap encik
senyum-senyum. Saya bukan buat lawak encik.” Hairan dengan reaksi yang diberikan
Ilham.
“Aku ada buat lawak ke tadi?” Fida berfikir.
“Awak tahu tak, sejak orang tua saya meninggal, tak pernah
orang ambil berat pasal saya macam ini. Tak ada pun yang bertanya tentang sakit
pening saya.” Ilham berkata sambil menatap wajah Fida. ada riak duka
diwajahnya. Posisinya masih berbaring
seperti tadi.
Fida tidak tahu memberikan reaksi bagaimana. Dia sedikit
kalut melihat mata Ilham. Hatinya tiba-tiba bergetar. Tangannya terasa sejuk.
Terasa darah menyerbu ke muka menyedari pandangan Ilham yang berlainan sekali.
Tiba-tiba, pintu bilik Ilham diketuk keras. Terkejut Fida
mendengar ketukan yang tiba-tiba itu. Fida dan Ilham berpandangan sesame
sendiri. Berfikir siapa yang datang pada waktu malam begini. Ilham yang
berkira-kira mahu bangun membukakan pintu ditegah oleh Fida. risau Ilham jatuh
sekali lagi.
Kemudian, Fida bangun menuju ke arah pintu bilik. Ketukan
keras itu masih belum berhenti.
sebaik tombol pintu dipulas, wajah Fida bertukar pucat.
No comments:
Post a Comment