Tuesday, 10 January 2012

Maaf Aku Pinta - Bab 4(e-novel)


Kelopak bunga sakura memenuhi sebahagian dari tanah di taman tersebut. Fida masih duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan sambil melihat gelagat rakyat matahari terbit. Ada yang berjalan pantas ketempat yang ingin dituju. Ada juga yang sedang bergurau senda dan bergembira di kawasan taman yang turut disediakan dengan air pancutan sebagai hiasan landskap. 

Sesekali dia melihat jam di tangan. Orang yang ditunggu-tunggu masih belum tiba. Nasib baik suhu pada musim bunga tidaklah begitu sejuk. Tak dapat dibayangkan andai dia terpaksa menunggu sebegitu pada musim sejuk. Mahu beku dia dibuatnya.

Seketika kemudian, kelihatan susuk tubuh orang yang dinanti. Lelaki itu mengayuh laju basikal menghampiri apabila melihat kelibat wanita itu. Dia tahu dia terlambat. Pasti saja selepas ini dia terpaksa mendengar leteran daripada Fida. Tahu sahajalah Fida, anginnya tak tentu hala. Sangat sukar diramal. Dia juga tahu Fida sangat menitik beratkan soal masa. Sebaik tiba, basikalnya ditongkatkan disebelah basikal Fida.

“Fida, I’m so sorry. Aku tak sengaja lambat. Kau tahu sajalah Irwan tu, berapa jam kalau dia duduk dalam bilik air. Lama gile aku tunggu dia. Sampai rasa nak cari bilik air lain dah. Sorry la ye..” Zarif berkata laju sambil menyusunkan sepuluh jari menghadap Fida. Muka Fida yang ketat dipandang penuh mengharap.

“Kau jangan buat alasan ye. Macam aku tak tahu kau baru bangun kan. Tadi aku jumpa Irwan. Dia cakap berpuluh kali dia kejut kau bangun, kau boleh buat tidur mati je. Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau kat sini? 45 minit tau. And you know what, I hate waiting!” Suara Fida sudah meninggi satu nada. Jari telunjuknya ditala tepat kemuka Zarif.

“Isy, Irwan ni. Saja nak kenakan aku betullah. Bukan nak back up aku. Macam ni ke kawan?” Zarif menyalahkan Irwan pula.

“Kau jangan salahkan dia ekk.. dah cukup untung kau dapat kawan macam Irwan tu. Nak kenangkan perangai macam kau ni, sebab tu lah kau tak ada kawan baik yang lain gamaknya. Girlfriend jauh sekali la.” Fida berkata sambil tangannya kembali disilangkan. 

Muka Zarif masih tidak lepas dari pandangan mata. Dengan Zarif memang dia suka cakap lepas saja. 9 tahun dia berkawan dengan Zarif sejak berada di tingkatan 4 membuatkan dia sudah cukup masak dengan perangai sahabatnya itu. dan persahabatan mereka masih berterusan apabila mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama di Jepun ini.

“Isy, siapa cakap aku tak de girlfriend? Kau la girlfriend aku. Apa teruk sangat ke perangai aku ni? Aku ni lelaki idaman Malaya tau. Mak cik mak cik kalau tengok aku, semua nak buat menantu. Awek-awek Jepun ni, berapa ramai dah kecewa sebab aku tolak cinta dorang, semua pasal kau tau.” Zarif membangga diri. 

Sudah memang sejak azali lagi, Zarif ni suka bercakap besar. Tapi, bila berhadapan dengan situasi yang dimaksudkan, mulalah dia diam tak berkutik. Senang cerita, Zarif terlalu segan dengan wanita. Dia akan diam seribu bahasa apabila berhadapan dengan perempuan. Dengan Fida sahaja perwatakannya sangat berbeza. Dia boleh rapat dengan Fida pun setelah mereka berada di tingkatan 5. Itupun apabila Fida tidak jemu-jemu melakukan pelbagai cara agar Zarif tidak segan dan mahu berkawan dengannya.

“Ye la tu. Cakap mau kencang. Hei, kau jangan asyik cakap aku ni awek kau ye. Nanti ada yang salah faham ingat betul pulak aku ni awek kau. Jatuhlah saham aku macam tu.” Fida memberikan amaran. Sudah beberapa kali amaran itu diberikan sebenarnya. Tapi, Zarif tetap dengan perangainya. Langsung tidak dipedulikan amaran Fida.

“Apa pulak jatuh saham, naik mendadak lah saham kau. Fida Antansya, girlfriend kepada Zarif Adam. Kau patut berbangga tau dengan title tu.” Zarif tidak mahu kalah. Kepalanya didongak ke atas seperti sedang melihat gambaran bayangan yang disebutkan di depan mata. Mulutnya sudah menguntumkan sengihan yang melebar.

Fida mencebek mendengar kata-kata Zarif.

“Kau jangan merepek lah. malas aku nak dengar. Kalau bertekak dengan kau sampai esok pun tak habis. Ni, aku panggil kau ni sebab aku nak bagi tahu kau aku dapat tawaran kerja kat Malaysia.” Fida meneruskan sahaja agendanya mengapa dia mahu berjumpa dengan Zarif. Suaranya juga kembali dilembutkan.

“Betul ke ni?” Sebaik mendengar kata-kata Fida, Zarif yang tadinya berdiri terus duduk di sebelah Fida. Mahu memastikan tentang kesahihan berita yang baru diterima.

“Kau ingat aku buat lawak sarkas ke kat sini? Betul la. Aku dapat tawaran tu by email. Wakil company dorang yang call aku. Aku da cek profile company tu. Dengan gaji dan tawaran yang dorang beri, aku rasa tak ada sebab kenapa aku nak tolak tawaran tu.” Fida menjelaskan tentang tawaran yang diterimanya dua hari yang lepas.

 Tanpa perlu menghadiri temuduga, dia diterima untuk bekerja di syarikat milik bumiputera itu. lagipun, memang dia telah merancang untuk pulang ke Malaysia sebulan lagi memandangkan dia telah berjaya menamatkan pengajiannya di sini.

“Hmm, kalau kau rasa itu yang terbaik untuk kau, aku nak cakap apa lagi. Nampaknya, makin menjauh la kita ye. Aku pun baru start kerja kat sini. Entah bila la baru aku dapat balik ke Malaysia tu.” Tiba-tiba Zarif terasa sedih. Sedih kerana satu-satunya kawan baik yang paling lama dikenalinya itu bakal jauh darinya.

“Ala, jangan la macam tu Zarif. Skype kan ada. Nanti kita selalu la contact-contact each oder. Kau pun, jangan lama sangat kerja kat Jepun ni. Bawak-bawak la balik Malaysia.” Fida cuba memujuk Zarif.

“Ye lah, nanti dah balik tanah air kau jangan nak buat menyombong pulak dengan aku. Aku bukan tak nak balik Malaysia tu, tapi kau pun tahu kan. Aku dah tak ada siapa-siapa kat sana. Ibu bapa aku pun dah meninggal. Adik beradik pun tiada. Biarlah aku cari rezeki di sini dulu. Bila aku rasa nak balik satu hari nanti aku bagi tahu kau ok.” Zarif memaniskan muka. Cuba meyakinkan Fida bahawa dia bakal ok-ok saja di sini.
Seterusnya, perbualan mereka berlanjutan berkisar tentang perancangannya di Malaysia nanti serta serba sedikit berkenaan diri Zarif.

No comments:

Post a Comment