Fida memisat-misatkan mata. Terasa sakit dan silau.
Kepalanya pula terasa berdenyut-denyut kesan dari tangisan malam tadi. sebaik
dia membukakan mata, terkejut melihat Ilham sedang nyenyak tidur disebelahnya.
Lega,
dia masih berpakaian seperti malam tadi. Otaknya ligat bekerja cuba mengingati
bagaimana dia boleh berada di atas katil bilik Ilham. Dia hanya mampu mengingat
yang dia menangis di atas sofa di penjuru bilik sehingga tertidur. Yakin sekali
dia tidak tidur di atas katil ini semalam.
“Jangan-jangan Ilham yang angkat aku tak?” Fida menelah.
Serentak itu, mukanya bertukar merah. Malu membayangkan Ilham sedang
mengangkatnya.
Setelah pasti Ilham masih belum terjaga, dia terus mencapai
tudung di birai katil. Mahu segera pulang ke biliknya. Fida segan mahu menatap
wajah Ilham jika lelaki itu bangun nanti. Dia teringatkan peristiwa malam tadi
semasa mereka berpelukan dan juga hakikat mereka sebenarnya suami isteri yang
sah.
Sepanjang jalan ke bilik, dia menyumpah-nyumpah dirinya yang
tertidur sehingga terlepas solat subuh. Mana tidaknya, dia hanya tersedar
apabila jarum jam tepat menunjukkan angka 8.30 pagi. Sampai sahaja di bilik,
dia melihat Aisya masih terlelap. Tidak mahu mempedulikan Aisya, dia terus
mencapai tuala lalu masuk ke bilik air untuk mandi dan menqada’ solat subuhnya.
“Dah pagi baru balik? Seronok melayan jantan malam tadi?”
Aisya berkata sebaik Fida menyudahkan
solat.
Menyirap darah Fida mendengar kata biadap yang keluar dari mulut
Aisya. Rasa ringan sahaja tangannya mahu melempang mulut perempuan itu.
“Mulut kau jaga baik-baik sikit ya. Apa hak kau nak fitnah
aku macam tu?” Fida sudah menyinga. Ditahan dirinya agar tidak mengapakan
perempuan dihadapannya.
“Fitnah? Hahaha.. aku ada bukti lah yang kau pergi bilik
Ilham semalam. Kau nak tengok?” dengan senyuman sinis dia menunjukkan gambar
Fida yang sedang berbual di hadapan pintu bilik Ilham dari telefon bimbitnya.
“See, aku tak fitnah kau. Aku ada bukti. Dan lepas ni, kau
bakal popular sebab aku akan sebarkan gambar-gambar ni kepada staf-staf Lavenda
Group. Baru dorang tahu perangai sebenar kau.” Aisya ketawa kuat.
Fida mengetap bibir. Geram dengan tindakan Aisya. “kau nak
sebar gambar tu? Sebarlah. Kau ingat aku takut?” Fida kembali mencabar. Tidak
mahu kelihatan lemah di hadapan Aisya.
Aisya yang tadi ketawa kuat tiba-tiba berubah riak. “Kau
ingat aku tak berani nak buat semua tu? Aku akan pastikan kau terima balasan
sebab rampas Ilham dari aku!” Aisya berkata sambil menuding jari ke muka Fida.
selepas itu,terus dia keluar dari bilik meninggalkan Fida berseorangan.
Mendengar kata-kata Aisya, barulah dia mengerti semuanya
disebabkan Ilham. Fida membuat kesimpulan bahawa Aisya cintakan Ilham lalu
menuduhnya menjadi punca dia kehilangan Ilham.
Kemudian dia teringatkan panggilan telefon yang menyebabkan
dia pergi ke bilik Ilham.
“Aisya ke yang rancang semua ini?” Fida bertanya kepada
dirinya sendiri.
……………………………………………………
Sebaik melangkah kaki ke restoran untuk makan tengahari, banyak
mata yang memerhati. Terasa canggung sebentar. Terus dia mencari kelibat Meetha
yang dikatakan duduk semeja bersama staf dari Jabatan Teknologi Maklumat.
Dia melemparkan senyuman kepada kakitangan yang terserempak
dengannya di lobi hotel namun tiada yang membalas senyumannya. Dia bertambah
pelik. Seketika dia terfikir akan ugutan dari Aisya sebentar tadi. adakah Aisya
sudah bertindak?
Tadi dia terlepas aktiviti sukaneka yang telah diaturkan.
Sengaja tidak mahu turut serta. Risau jika ada yang menegur matanya yang
bengkak. Sekarang ini pun dia memakai cermin mata hitam supaya tidak ada yang
perasan.
Meetha yang melihat kelibat Fida menggamit dari jauh. Meetha
duduk berseorangan di penjuru restoran. Lantas langkah diatur menghampiri
Meetha.
“kenapa you tak join sukaneka tadi?” Meetha bertanya setelah
pelayan yang mengambil order beredar dari meja mereka.
“I tak sihat la Meetha. Best tak sukaneka tadi?” Fida berbohong.
Tidak mahu peristiwa malam tadi diketahui Meetha.
“You jangan tipu I. you tahu tak, rumors tentang you dah
tersebar? Dorang cakap, you ‘layan’ En.
Ilham malam tadi!” Meetha menekankan ayatnya. Namun, suaranya masih
diperlahankan. Risau jika ada orang selain mereka yang mendengar.
“Habis you percaya?” Fida bertanya kembali. Nampaknya, Aisya
sudah buat seperti apa yang dikatakan tadi. pasti sekarang ini ramai yang
sedang bercakap tentangnya dan Ilham.
“I tak tahu nak cakap apa. I call you, you off phone. I
pergi bilik you pagi-pagi lagi tapi Aisya cakap you tak balik bilik. And more
surprising, dia tunjukkan gambar you dihadapan bilik Ilham. You pun boleh agak kan apa yang dia cakap pasal
gambar tu?” Meetha berkata.
“I memang pergi bilik Ilham malam tadi.” Tenang Fida
menjawab. Dia sudah bersedia sejak Aisya mengugutnya.
“What??” Terkejut Meetha mendengar kenyataan yang keluar
dari mulut Fida. mulutnya ditutup dengan tangan apabila menyedari suaranya menarik perhatian
pengunjung lain.
“Nanti dulu, you jangan salah faham. Semalam I terima
panggilan dari orang yang tak dikenali. Dia cakap terjadi something pada En.
Ilham. Bila I pergi bilik dia, rupanya dia tak sihat. Dia suruh I tunggu
sekejap sebab nak bagi barang. Tapi tiba-tiba dia pengsan. I nak call you suruh
you datang tolong I. tapi bateri phone I habis. Dah dia pengsan, takkan I nak
tinggal dia sorang-sorang dalam billik.” Dia berhenti di situ. Kejadian
seterusnya biarlah menjadi rahsia.
“Oh, lega I dengar. So macam mana dengan En. Ilham sekarang?
Dia dah ok?” Lega Meetha mendengar penjelasan Fida. ternyata apa yang
dicanangkan oleh orang berkenaan Fida tidak benar.
Mendengar pertanyaan Meetha, dia teringat kepada Ilham. Dia
keluar dari bilik Ilham pagi tadi semasa Ilham sedang tidur. Tidak pasti demam
suaminya itu sudah kebah atau belum. Rasa
risau menjentik hati.
“I tak sure la. Apa kata you try call dia sekarang? Tanya
dia dah sihat ke belum?” Fida menyuruh Meetha menghubungi Ilham. Dia masih
segan untuk bercakap dengan lelaki itu.
Mendengar saranan Fida, Meetha mengeluarkan telefon bimbit.
Nombor Ilham dicari dan dihubungi. Panggilan pertama tidak dijawab. Didail
beberapa kali lagi namun hasilnya tetap sama.
“Dia tak jawab la Fida. Apa kata kita naik tengok dia? I
kenal our boss tu. Kalau sakit tak pernah nak makan ubat. En. Zul pernah cakap,
kalau Ilham sakit hanya arwah ibunya yang boleh paksa dia makan ubat atau suruh
dia pergi klinik. Kalau orang lain suruh, tak pernah dia dengar.” Meetha
berkata.
“Kalau macam tu, kita makan cepat. Lepas tu terus kita naik
bilik tengok bos.” Fida memberikan kata putus.
No comments:
Post a Comment